28 December 2016

Jenis-Jenis Rumah Yang Disukai Jin


Contoh jin yang ditakuti

Antara ciri-ciri rumah tersebut ialah :

1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering  walau pun musim kemarau.

2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.

3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin di situ. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang Saka", “membuang Polong”, “membuang Hantu Raya”  dan sebagainya. Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapi lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqamah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, selawat dan sebagainya.

4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin.

5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut "jin saka").  Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada  keturunan keluarga tuannya.

6. Rumah yang di dalamnya berlaku berbagai fahsya' dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung, gambar-gambar idola, memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu” dan lain-lain. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Tetapi jangan risau, Ust. Kay jamin Malaikat Maut tetap dapat masuk. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal mereka.

7. Rumah yang dibina di atas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan.  Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dan berinteraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang” atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka.

8. Rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir.

9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”,  “ilmu pemanis”,  “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.

10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya ke mana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.

SIMPUL-SIMPULKAN :

Lencana bukan sebarang lencana,
Lencana ditempa dari besi jati,
Lembaga bukan sebarang lembaga,
Lembaga Tabung Haji paling ditakuti.

Ada satu lagi rumah atau  tempat yang jin atau lembaga suka tinggal, iaitu di bangunan Lembaga Tabung Haji. Tetapi "Lembaga" ini bukan hisap darah seperti jin-jin yang lain, tetapi menghisap duit simpanan rakyat untuk menyelamatkan jin yang lebih besar dan sedang nazak iaitu "Jin 1MDB" (Menghilangkan Duit Banyak)

Wallahu a'lam - Lembaga makhluk halus kita bacakan Ayat Kursi dia akan lari. Tetapi jika Lembaga makhluk kasar kita baca Ayat Kursi dia akan ikut baca sekali... baling kerusi baru lari ! 

No comments:

Post a Comment